Separuh Akhir Kedua Muzik-Muzik 34 Semakin Sengit
- Aci Aci Buka PIntu
- Nov 23, 2019
- 2 min read

Shah Alam, Jumaat - Persaingan antara lagu yang bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 kian sengit apabila 11 lagu lagi dipertandingkan pada Separuh Akhir Kedua Muzik-Muzik 34 yang berlansung di Seri Pentas 2, Shah Alam malam tadi.

Sumpah ciptaan sepenuhnya Naim Daniel dan di nyanyikan sendiri oleh Naim Daniel telah berjaya mengungguli lagu terbaik untuk Separuh Akhir kali ini dengan mengetepikan 10 lagu yang bertanding diantaranya Anta Permana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong , Rampas ciptaan Hang Nadim, Laq , lirik Bunga Cantik nyayian Akim & The Majistret, Pujaan Hati ciptaan Ikhwan Fatanna, Ayden Ali, lirik Arisz Ab Rahman, Ayden Ali, nyanyian oleh Adira, Ku Bersuara ciptaan dan lirik oleh Syamel Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham; nyanyian Ernie Zakri, Kisah Cinta Kita ciptaan Ikhwan Fatanna, Ayden Ali; lirik Datuk A Aida / Hafiz Suip) dan Teguh Setia ciptaan dan lirik oleh Ibnu dan Gouffran nyanyian Muna Shahirah.
Lagu lain yang turut mengintai ke Juara Lagu 34 iaitu Ragaman ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo, lirik oleh Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan, nyanyian Faizal Tahir, Pedih ciptaan Room None; lirik Iman Imran nyanyian Sarah Suhairi, Bekas Kekasih ciptaan & lirik Mel Ramlan, Aizat Amdan; nyanyian Tomok dan Lembah Kesepian ciptaan Haqiem Rusli; lirik Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran ; nyanyian Haqiem Rusli.
Malam tadi juga menyaksikan Bob Yusof telah membawakan lagu Anta Permana dengan caranya tersendiri bagi menggantikan tempat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Fairus Misran telah di beri tanggungjawab menyampaikan lagu Ragaman bagi menggantikan Faizal Tahir.
Persembahan selingan turut di hiburkan dengan persembahan Dato' Hattan yang menyampaikan lagu Rendang Tidak Berbuah dan Kepada Mu Kekasih. Sepatutnya Zamani turut membuat persembahan namun atas masalah kesihatan, beliau terpaksa menarik diri dari membuat persembahan.
Kini berbaki 8 lagu sahaja lagi yang bakal di pertandingkan pada Separuh Akhir Ketiga Muzik-Muzik 34 yang bakal berlangsung pada 29 November nanti sebelum pengumuman lagu mana yang berjaya melangkah ke Akhir Juara Lagu 34 pada hari yang sama.
1. Dinda – Kugiran Masdo
2. Peneman – Hazama The Penglipurlara
3. Bimbang – Marsha Milan
4. Tetap Kamu – Amylea x Megat
5. Pudar – Indah Ruhaila
6. Sumpah – Aina AbdulÂ
7. Bangun – Aman Ra
8. Alyah – Jutaan Purnama
Pada peminat yang ingin mendapatkan tiket untuk separuh akhir ketiga muzik-muzik 34 ini boleh dapatkan di balai pengawal Seri Pentas 2 pada Rabu, 27 November,2019. Hanya 2 tiket bagi setiap seorang.
credit foto : Sue Jay & Pocket Tv Network Malaysia
Comments