Finalis Miss Grand Kuala Lumpur 2020 diumumkan
- Aci Aci Buka PIntu
- Nov 26, 2019
- 2 min read

Kuala Lumpur, 18 November 2019 - Seramai 15 Peserta telah di umumkan secara rasminya sebagai Finalis Miss Grand Kuala Lumpur 2020 bertempat di Hotel The Pearl Kuala Lumpur sempena Majlis Pengumuman dan Sesi Media Miss Grand Kuala Lumpur 2020. Seramai 14 peserta telah hadir di majlis ini, manakala salah seorang dari peserta tidak dapat hadir kerana tuntutan tugas.
Kesemuanya di pilih selepas selesainya sesi uji bakat oleh penganjur yang telah diadakan di Hotel The Pearl Kuala Lumpurtelah berlansung selama 2 hari iaitu 16 dan 17 November,2019 yang lalu. 15 perserta yang terpilih ini akan bertanding dalam pusingan akhir yang berlansung pada 14 March,2020 dan akan membawakan Gelaran Miss Grand Kuala Lumpur.
Gelaran Juara Miss Grand Kuala Lumpur 2020 membolehkan peserta untuk mewakili Kuala Lumpur untuk bertanding untuk Miss Grand Malaysia 2020 dimana pemenang Miss Grand Malaysia 2020 akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Miss Grand International 2020 yang akan berlansung di Venezuela pada tahun 2020 nanti.
Pihak penganjur yang di ketuai oleh Linda Talip sebagai Pengarah Negeri, Miss Grand Kuala Lumpur 2020 bersama ahli jawatankuasa penganjur yang terlibat telah merancang pelbagai latihan dan acara bagi melatih 15 Jelitawan Kuala Lumpur sebelum mereka berdepan dengan tugasan dipusingan akhir Miss Grand Kuala Lumpur 2020 pada March nanti.
Menurut Linda Talip, sebagai jawatankuasa penganjur yang baru mengambil alih dari pengurusan yang terdahulu, beliau dan "team" berhasrat menjadikan acara Miss Grand Kuala Lumpur 2020 ini yang terbaik yang pernah di adakan. Oleh itu beliau meminta sokongan dari pelbagai pihak untuk bersama-sama menjayakan. Pihaknya juga mengalu-alukan jika ada pihak yang ingin menjadi penaja atau sebagai rakan kerjasama.
Majlis ini turut di serikan dengan kehadiran Sanjna Suri (Miss Intercontinental Malaysia 2017, Miss Supranational Malaysia 2018), Kishweni Jaganathan (Miss Grand Kuala Lumpur 2019), Chermaine Kang (Tempat Kedua Miss Grand Kuala Lumpur 2019), Rheanna Deandra (Miss Global Malaysia 2018) dan Cherlyn Ong (Tempat Kedua Miss Grand Melaka 2017) yang turut memberi sokongan dan tip kepada peserta yang bertanding.
Pihak pengajur juga menggunakan hashtag rasmi untuk Miss Grand Kuala Lumpur 2020 (MGKL2020) iaitu #StopWarWithKindness yang merupakan kesinambungan hashtag rasmi Miss Grand International iaitu #StopWarAndViolence.
Berikut adalah senarai peserta beserta akaun Instagram mereka
1) Goh Jia Rong (@jia_rong_goh)
2) Stasia (@stasiajames)
3) Racheal (@filleauxlevresr)
4) Nisha (@nisharaspberries)
5) Rosanne (@r.rosanne_)
6) Hui Xing (@huixing_)
7) Jamie (@jamieetew )
8) Jocelyn (@_xinn00 )
9) Saranyalakshmi (@saranya.sekkar )
10) Sandji (@thesocial_butterfly)
11) Prettyna (@retts_10 )
12) Poorani (@pooranirajoo )
13) Kaveeta (@_kaveetanair)
14) Amanda (@indian_wonderwoman )
15) Vinthiya (@vinthiya vasu )
kredit photo : Sue Jay (AABP) & Pocket Tv Network.
testing...testimg