top of page

Hip Hop Versi Ahmad Huqum

  • Writer: Aci Aci Buka PIntu
    Aci Aci Buka PIntu
  • Jan 24, 2020
  • 2 min read

Updated: Dec 26, 2021


Ahmad Huqum

" Salam Perkenalan

Kenapa perlu segan

Cuma nak berkawan

Janji sampai masa nanti Kau Kan faham " - Huqum


Sejak kebelakangan ini ramai timbul bakat-bakat baru yang bukan sekadar muncul di rancangan realiti, smule, youtube dan dari pertandingan-pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang ingin mengcungkil bakat baru. Namun begitu bakat artis baru ini di cungkil dari bakat penulisan lagunya dimana ianya agak unik kerana bergenre Hip Hop.


Seperti kita tahu ramai artis yang bergenre Hip Hop ini sejak tahun 90an namun artis ini mempunyai keunikannya tersendiri dalam penyampaiannya.


Mejadikan Malique sebagai idolanya beliau lebih selesa menyampaikan karyanya dengan lebih positif dan berunsurkan nasihat.


BUKAN MUDAH NAK RAP


Artis tersebut adalah Ahmad Huqum atau sekadar ingin dikenali sebagai Huqum. Bakat Huqum mula dikenal pasti selepas memuat naik hasil karya-karyanya di siaran YouTube nya sendiri.


Huqum membina identitinya yang tersendiri dalam mempersembahkan karyanya dimana tidak tertumpu hanya kepada genre Hip Hop semata, Huqum turut memasukkan elemen pop, reggae dan ska.


Huqum mengakui agak sukar menyanyi dan selalu mengundang rakan-rakan lain berkolaborasi dalam menyanyikan lagu beliau. Menurut Huqum lagi sebenarnya bukan mudah untuk menyampaikan Rap ini kerana beliau sendiri mendapatkan khidmat nasihat dari guru vokal tersohor iaitu Cikgu Siti Hajar. Cikgu Siti Hajar banyak membantu beliau untuk menyampaikan RAP dengan baik dan amat berterima kasih atas tunjuk ajar beliau.


SALAM PERKENALAN


Salam Perkenalan merupakan buah tangan pertama dari Huqum untuk para pendengar dan penyokongnya selama ini. Salam Perkenalan merupakan diantara karya-karya yang telah di tulis oleh Huqum sendiri. Terdahulu Salam Perkenalan telah dimuat naik di siaran Youtube Huqum dan mendapat perhatian umum. Salam Perkenalan bakal dilancarkan semula di semua laman digital Aci Aci Buka Pintu selewatnya Februari,2020.


Menurut Huqum, Salam Perkenalan ini di pilih untuk penerbitan semula kerana ianya sebagai simbolik perkenalkan Huqum kepada umum. Kini Salam Perkenalan didalam proses akhir pembikinan Muzik Video yang penggambarannya telah di adakan di Eastin Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kami dari Aci Aci Buka Pintu semoga lagu Salam Perkenalan ini mendapat tempat di hati pendengar dan selamat berjaya buat Huqum.


Nota kaki : Rap ialah satu daripada empat elemen budaya Hip-hop. Rap merupakan teknik vokal berkata-kata dengan cepat, sementara pelakunya disebut rapper.


Foto : Sue Jay

Penaja Lokasi : Eastin Hotel, Kuala Lumpur

 
 
 

Comments


bottom of page