top of page

Latar Belakang Aci Aci Buka Pintu

Aci Aci Buka Pintu atau nama ringkasnya AABP mula ditubuhkan pada 5 September,2018 oleh Siti Suhaila Binti Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Sue Jay selepas berbual dengan kawan di sebuah kedai mamak. Kebetulan malam itu tayangan filem "Nasib Labu Labi, maka ibu angkat Sue Jay mencadangkan nama Aci Aci Buka Pintu sempena lagu di dalam filem tersebut. Pada awal hanya bualan sahaja, akhirnya Sue Jay telah nekad menubuhkan syarikat menggunakan nama Aci Aci Buka Pintu sebagai pilihan.

​
Sue Jay merupakan seorang Pegawai Perhubungan Awam yang bergerak secara bebas atau "freelance". Dia berpendapat banyak syarikat atau perseorangan (artis) memerlukan perkhidmatan dari segi strategi, pengurusan media dan branding. Dengan berbekalkan sedikit pengalaman kali ini beliau nekad meneruskan minatnya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran ini.
 
​
AABP ditubuhkan dengan bertujuan ingin menjadi syarikat pelopor iaitu Syarikat Pengurusan Perhubungan Awam atau Public Relation (PR) dan memberi peluang kepada syarikat-syarikat di luar mendapatkan perkhidmatan ini. Ia tidak hanya tertakluk kepada hiburan sahaja malah AABP telah berjaya mendapat kepercayaan untuk syarikat teknologi maklumat menjadi Pengurus Perhubungan Awam mereka. Begitu juga dalam bidang sukan dan pendidikan, AABP juga turut diberi tanggungjawab untuk mempromosi dan menjadi PR buat mereka.
​
AABP juga bergerak aktif menguruskan artis-artis baru, justeru AABP telah menjadikan salah satu cabang iaitu Pengurusan Artis. AABP juga turut telah bekerjasama bersama agensi atau syarikat lain untuk menguruskan artis mereka dan menguruskan promosi lagu-lagu terbaru.
​
Salah satu cabang lain yang ada dibawah AABP adalah Pengurusan dan Penasihat Acara dimana AABP sendiri telah terlibat dengan beberapa acara dan telah menganjurkan "GIG AMBANG 2019" di Studio Warisan, Sijangkang, Selangor pada 30 Disember,2018.

Tarikh Lahir

5 September,2018

Visi

Menjadi penghubung interaktif awam terhebat 

Misi

Menawarkan khidmat kepada organisasi, syarikat atau individu merealisasikan inpian untuk lebih dikenali dan menjadi perhatian & permintaan.

Trademark

# Rezeki Dikongsi Bersama

bottom of page