top of page

LANGKAH PERTAMA QIEM CHURROS

  • Writer: Aci Aci Buka PIntu
    Aci Aci Buka PIntu
  • Dec 27, 2021
  • 2 min read

Pada yang belum mengenali beliau mungkin tidak percaya bakat yang ada dalam dirinya yang telah ada sejak kecil lagi. mempunyai vokal yang mantap dan agak berbeza dari penyanyi lelaki yang ada di dalam industri sekarang membuatkan AABP Music berminat mengambilnya sebagai artis dibawah syarikat tersebut. Beliau adalah Muhammad Aidi Hakim Bin Subry atau lebih di kenali nama pentasnya Qiem Churros.


Qiem Churros mula di kenali di pentas realiti tv musim pertama Vokal Mania terbitan TV3 pada tahun 2020. Walaupun gagal ke peringkat akhir, beliau merupakan antara 5 peserta pilihan penonton untuk membuat persembahan di pentas akhir dengan menyanyikan lagu kegemarannya Seribu Tahun nyanyian Imran Ajmain.


Sesuatu insiden telah berlaku ketika menyanyikan lagu itu Qiem "tercekik" menarik note yang tinggi tetapi tetap meneruskan nyanyiannya sehingga habis. Menurut Qiem kegagalannya itu adalah di sebabkan agak kepenatan sehingga menggangu nyanyiannya. Kejadian itu menarik perhatian ramai dimana semua peminatnya merasa kasihan dan mendoakan kejayaan buat Qiem dalam bidang nyanyian.


IBU DAN AYAH


Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai nama pentasnya yang agak unik dan berkaitan dengan makanan. Sering ketawa bila ditanya soalan sedemikian, Qiem tenang menjawab nama "CHURROS" itu bukan makanan tapi adalah gabungan nama ibu dan ayahnya. Nama Churros ini lebih membuatkan saya lebih dekat dengan kedua ibu bapa saya, biarpun nampak pelik dan sedap tetapi saya menyukainya.


LAMBANG KETABAHAN


Selepas hampir setahun kini Qiem telah berjaya merakamkan lagu Mengundang Pelangi hasil ciptaan saudara Kamal Luqman dan lirik di tulis oleh saudara Khairul Nizam keduanya dari Kame Music Productions. Menurut Kamal, lagu ini dicipta berdasarkan vokal Qiem Churros yang mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Manakala lirik lagu ini di tulis berdasarkan keadaan semasa yang sedang melanda dunia iaitu Pendemik Covid 19 dimana melambangkan ketabahan manusia melaluinya dan mengharap ada sinar dimasa hadapan.


Apabila ditanya apakah sukar untuk menyanyikan lagu ini semasa rakaman, Qiem menyatakan pada awalnya agak sukar tapi atas tunjuk ajar dari guru vokalnya Cikgu Delly beliau dapat mengatasinya. Hanya mengambil 3 jam sesi rakaman, Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan hati.


Qiem Churros juga merupakan seorang pelajar di pusat pengajian di Terengganu kini berulang alik dari Terengganu ke Kuala Lumpur jika ada sebarang kerja yang perlu dilakukannya. Menurutnya beliau lebih selesa berulang alik kerana tidak mahu berjauhan dari keluarganya yang kini menetap di Kemaman, Terengganu.


Qiem berharap Mengundang Pelangi dapat mengubat kerinduan peminatnya dan mendapat tempat di dalam industri musik tanahair.


Ikuti Qiem Churros di aplikasi Instagram dan tik tok untuk ketahui aktiviti terkini beliau. Jangan lupa teruskan stream digital platform untuk mendengarkan MENGUNDANG PELANGI dan boleh muat turun nada dering lagu ini disemua telco tanahair.




 
 
 

コメント


bottom of page