Patriot Jaya - Sayangi Malaysia ku tanda keharmonian.
- Aci Aci Buka PIntu
- Aug 31, 2019
- 2 min read
" Konsortium Irama berjaya dengan menampilkan artis pelbagai bangsa di dalam pembikinan Patriot Jaya - Sayangi Malaysiaku. "

Tanggal 31 Ogos pada setiap tahun adalah tarikh keramat bagi rakyat Malaysia kerana itu adalah tarikh yang menjadi saksi Tanah Melayu bebas dari penjajah. Tarikh itu juga telah menjadi saksi di mana pelbagai bangsa bersatu padu untuk meraikan dengan penuh kebanggaan Kemerdekaan yang di capai pada tahun 1957. Kini telah 62 tahun Malaysia mencapai Kemerdekaan, satu kejayaan yang gemilang bila ianya kekal di raikan oleh pelbagai kaum dan agama.
Pelbagai usaha yang dilakukan untuk menggambarkan semangat patriotisme di dalam diri rakyat Malaysia. Konsortium Industri Rakaman Malaysia atau lebih dikenali sebagai Konsortium IRAMA tidak ketinggalan mengambil peluang untuk menyataakan semangat mereka dengan menerbitkan sebuah lagu patriotik baru bertajuk Patriot Jaya - Sayangi Malaysiaku.
KEKUATAN VOKAL
Patriot Jaya - Sayangi Malaysiaku adalah gabungan suara artis-artis yang telah menjadi ahli Konsortium Irama dan beberapa artis jemputan yang terdiri dari pelbagai bangsa. Antara yang terlibat didalam penerbitan lagu ini adalah Zairul Nadzwan yang merupakan artis di bawah pengurusan Aci Aci Buka pintu, Reshma (Akaddemi Fantasi), Thalisa Rasul (Mentor), Natasha Saas, Baggio (Damasutra), Winnie K dan ramai lagi dimana masing-masing mempunyai kekuatan vokal tersendiri.
Kekuatan vokal Zairul tidak dinafikan dengan suara yang agak serak-serak bawah dan "jantan" telah menarik perhatian pengurusan Konsortium Irama untuk mengundang beliau didalam menjayakan Patriot Jaya - Sayangi Malaysiaku dan Zairul merupakan salah seorang penyanyi utama selain dari Baggio, Winne K, Reshma dan Natasha Saas.
Patriot Jaya - Sayangi Malaysiaku adalah hasil ciptaan Broth Rem (Kelichap Studio) dan liriknya di tulis oleh Ezra Harith. Bait-bait lirik Patriot Jaya ini di susun dengan menggunakan perkataan Patriot Jaya itu sendiri. Diharap lagu ini dapat menambat hati rakyat Malaysia dan menjadikan lagu ini sebagai inspirasi kita untuk terus kekal di dalam Kemerdekaan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Untuk menonton video penu lagu Patriot Jaya - Sayangi Malaysiaku boleh terus ke Youtube eWana TV atau klik link dibawah 👇👇👇

Jangan lupa tanda pagar # kami
Comments