Zairul Nadzwan Tak Guna
- Aci Aci Buka PIntu
- Aug 2, 2019
- 1 min read
Updated: Aug 5, 2019

Setiap mereka yang menceburi bidang nyanyian pastinya mempunyai impian untuk berjaya. Begitu juga buat Zairul Nadzwan yang lama bergelumang dengan dunia seni sejak dari kecil lagi. Mungkinnamanya tidak segah dan sehebat BBNU sekarang namun bakatnya tetap sehebat yang lain, mempunyai kekuatan vokal yang tersendiri dan "Jantan" itulah yang menjadikan dia terus kuat berusaha untuk menampilkan sesuatu yang terbaik. Seperti yang lainnya, Zairul mempunyai impian untuk menempatkan namanya sebaris artis tanah air. Dengan impian yang kuat beserta dengan usaha yang gigih, beliau kini dalam proses terakhir rakaman single terbarunya bertajuk TAK GUNA, bakal dilancarkan pada Bulan Ogos ini. Pernah tampil bersama Kumpulan 4VIA dengan lagu HATIKU, penyanyi ini tidak pernah putus harapan mencari material terbaik untuk disajikan kepada umum. Untuk itu kita sama-sama nantikan kehadiran TAK GUNA tidak lama saja lagi yang akan dilancarkan oleh Aci Aci Buka PIntu sikit masa lagi dan sama-sam kita doakan kejayaan Zairul Nadzwan.
Comments