Aqmal Fairus Berbakat Besar
- Aci Aci Buka PIntu
- Aug 6, 2019
- 2 min read
Updated: Aug 7, 2019

Nama Aqmal Fairus tidaklah sebegitu dikenali pada awal pembabitannya di dalam kancah hiburan. Namun selepas projek khas raya dibawah pengurusan Aci Aci Buka Pintu bersama artis-artis lain iaitu Zairul Nadzwan, Shahmin, Jay Abdullah dan Amir Alif namanya mula mendapat perhatian dari peminat dan beberapa Label Muzik. Dengan perhatian ini sedikit sebanyak telah memberi impak kepadanya dan sering ditanya mengenai single atau lagu terbaru dari beliau.
IMPIAN MENJADI PENYANYI
Sebelum pembabitannya Aqmal Fairus telah mula memasang impian untuk menjadi penyanyi dan komposer sejak dari bangku sekolah lagi. Beliau juga adalah salah seorang penyanyi utama bagi band di sekolahnya sebelum ini.
Aqmal juga berimpian untuk ketengahkan lagu-lagu ciptaannya samada dinyanyikan sendiri atau dinyanyikan artis lain.
Dengan impian yang tidak pernah padam dan mendapat restu dari keluarganya untuk terus melebarkan bakatnya. Pada Aqmal telah dilamar Aci Aci Buka Pintu untuk menjadi artis dibawah pengurusan Aci Aci Buka Pintu.
MENULIS LAGU SENDIRI
Selain mempunya bakat didalam nyanyian Aqmal juga berbakat didalam penulisan lagu bergenre Balada. Kini beliau telah berjaya mencipta 5 lagu diantaranya adalah lagu MENGAPA. Lagu ini mendapat perhatian selepas video V-Jamm Sukatikaulah live jamming session terbitan Arena Rekod bertajuk "MENGAPA LIVE AKUSTIK VERSION" bersama Zahar (Kumpulan Spring) telah di muat naik di Youtube Aci Aci Buka Pintu beberapa bulan lepas. Ini telah membuatkan peminat mula meminta dan menanti versi rakaman original untuk di muat naik.
JALIN KERJASAMA
Sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan karier Aqmal, Aci Aci Buka Pintu telah mengambil inisiatif untuk membantu merealisasikan impian Aqmal iaitu dengan menjalinkan kerjasama bersama Arena Rekod dan Pak Cik Kayo Publishing.
Kini Aqmal dalam proses merakamkan single pertama beliau dibawah Label Arena Rekod dan Edaran oleh Pak Cik Kayo Publishing. Semoga dengan kerjasama ini sedikit sebanyak dapat membantu merealisasikan impian Aqmal dan meletakkan beliau sebaris artis tanah air pada suatu hari nanti.
Comments