top of page

Drama Lagu Terbaik Separuh Akhir Pertama Muzik-Muzik 34

  • Writer: Aci Aci Buka PIntu
    Aci Aci Buka PIntu
  • Nov 16, 2019
  • 2 min read

Updated: Nov 23, 2019


Barisan artis yang bertanding di Separuh Akhir Pertama Muzik-Muzik 34,

Persaingan Separuh Akhir Pertama Muzik-Muzik 34 telah berlansung pada Jumaat di Seri Pentas 2, Shah Alam dimana sebanyak 11 lagu dipertandingkan iaitu Drama (Drama Band), Aku Yang Bersalah (Usop), Paku (Ara Johari), Kepuraanmu(Luqman Faiz), Terlalu Memuja (Wany Hasrita), Mencuba (Suffian Suhaimi), Tiada Dirimu (Shila Amzah) dan Bidadari (Ismail Izani). Manakala Siti Nordiana dan Khai Bahar masing-masing membawakan lagu Hatiku Milikmu dan #123 serta lagu duet Satukan Rasa.

Lagu Drama dari Drama Band telah dinobatkan sebagai lagu terbaik Separuh Akhir Muzi-Muzik Pertama

Pada Separuh Akhir Pertama ini lagu Drama dari Drama Band telah di nobatkan sebagai lagu terbaik didalam persaingan malam tadi. Lagu Drama merupakan ciptaan Aepol Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib.


Barisan juri Profesional yang mengadili Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 adalah terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Aubrey Suwito, Datuk Syafinas Selamat, Aznul Haidi, Ajai dan Edrie Hashim, manakala Azmeer sebagai ketua juri.


Nora dan Ramlah Ram menggegarkan pentas dengan lagu Romancinta

Bagi meredakan panas saingan Separuh Akhir Pertama, artis jemputan iaitu Nora dan Ramlah Ram membuat persembahan selingan dengan menyanyikan lagu popular masing-masing lagu Hanyalah Satu dan Cintaku Hanyut Dilautan Sepi. Mereka juga menggegarkan pentas dengan berduet lagu Romancinta yang diiringi oleh Drama Band.


Pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 berlansung pada setiap Jumaat untuk 3 minggu berturut-turut iaitu 15 , 22 dan 29 November 2019 dengan mempertandingkan 30 buah lagu dimana untuk Separuh Akhir Pertama 11 lagu, Kedua 11 lagu dan Ketiga 8 lagu.

Antara 11 lagu lagi yang akan bertanding di Separuh Akhir Kedua yang bakal berlangsung pada 22 November,2019 iaitu :-


1. Anta Permana ( Datuk Seri Siti Nurhaliza)

2. Pujaan Hati (Adira)

3. Rampas (Akim & Majistret)

4. Sumpah (Naim Daniel)

5. Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip)

6. Ku Bersuara ( Erni Zakri)

7. Teguh (Muna Shahirah)

8. Ragaman (Faizal Tahir)

9. Pedih (Sarah Suhairi)

10. Bekas Kekasih (Tomok)

11. Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)


Peminat yang ingin hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka, boleh mendapatkan tiket separuh akhir pada Rabu 20 November,2019 seawal pukul 3.00 petang di kaunter pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Maksimum 2 tiket sahaja untuk seorang.


Kredit Foto : Sue Jay & Pocket Tv Networks



Comentários


bottom of page