top of page

Sukan Stacking Cup Melahirkan Bakat Pemain Istimewa

  • Writer: Aci Aci Buka PIntu
    Aci Aci Buka PIntu
  • Aug 6, 2019
  • 2 min read

Sukan Stacking kian mula dikenali diseluruh pelusuk tanah air. Sukan yang diasaskan oleh Lim Xin Ee berasal dari Seremban, Negeri Sembilan selepas mula mempelajarinya di Youtube sekitar tahun 2016. Sukan yang memerlukan fokus yang tinggi dan kepantasan inimula berkembang dikalangan keluarga dan seterusnya mendapat perhatian dari persatuan sukan,maka tertubuhlah World Sport Stacking Cup Association (WSSA) pada tahun yang sama.


Kini semakin berkembang dan semakin banyak pertandingan terbuka telah diadakan untuk memperkenalkan lagi Sukan Stacking Cup ini kepada khalayak umum. Terdapat juga kelas dan demo-demo dianjurkan termasuk jemputan dari pihak sekolah-sekolah di sekuruh negara. Malah Sukan Stacking ini juga telah berjaya melahirkan Juara Dunia dan Pemengang Rekod Dunia seperti Lim Xin Ee, Chin Kang Yu dan ramai lagi.



ree

ree
Puan Lilian Goh bersama Special Stacker semasa penyampaian hadiah di Seremban Prima baru-baru ini


STACKING IS FUN


Baru-baru ini satu kejohanan terbuka telah dianjurkan oleh WSSA Negeri Sembilan di Seremban Prima dibawah seliaan Puan Lilian Goh yang merupakan Penasihat WSSA Negeri Sembilan dan juga Ketua Jurulatih bagi Negeri Sembilan. Kejohanan ini adalah istimewa kerana telah disertai seramai 15 Pemain Istimewa (Special Stacker) yang kebanyakannya dari Negeri Sembilan dan Melaka.


Special Stacker ini telah mendapat pendedahan mengenai Sukan Stacking ini sejak beberapa bulan yang lalu hasil usaha dari Puan Lilian Goh dan para Jurulatih dari Negeri Sembilan untuk menggalakan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk turut menyertai sukan ini. Antara Special Stacker ini terdiri dari mereka yang menghidap Austisme, Bisu dan Lembam. Agak menarik kerana mereka juga bersungguh-sungguh untuk mencapai masa yang terbaik didalam pertandingan yang berlangsung.


Saya berharap sukan ini dapat dikembangkan lagi disemua peringkat dan bangsa, kata Lilian. Dia juga berharap Sukan Stacking ini tidak di salah anggap sebagai sukan bangsa Cina sahaja kerana menurunya sukan ini akan sukan untuk semua.


Kini WSSA Negeri Sembilan sedang berusaha lagi untuk mengembangkan sukan stacking di daerah-daerah lain agar menjadi sukan pilihan. WSSANS juga sedang merancang beberapa kejohanan dan acara pada tahun ini. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Sukan Stcking Cup boleh terus berhubung dengan WSSANS https://www.facebook.com/wssans/ .



Salah seorang Special Stacker sedang bertanding di Kejohanan Stacking Is Fun baru-baru ini.


Comments


bottom of page